20090217

Kembali...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur di atas nikmat dan kurniaan-Mu ya Allah.

Lama rasanya tak menulis di sini. Terasa rindu juga. Maaf tak dapat update sekian lama. Ini kerana sepanjang winter break baru-baru ini, aku pergi berjalan melihat dunia yang luas ini bersama 4 orang sahabat. Tidak terkira pengalaman-pengalaman berharga yang dapat dikutip sepanjang permusafiran itu. Ingin dikongsi tapi tak ada idea lagi nak mula dari mana. Melihat sebahagian dari dunia lain ciptaan-Nya banyak mengajar aku. Setibanya di Kaherah ada yang mengatakan aku semakin kurus, kulit kasar dan semakin putih. Ntah manalah yang betul. Yang pasti kulit aku menggelupas di France dalam 3, 4 hari sebelum balik ke Cairo. Mungkin sebab terlalu sejuk dan aku ini yang malas nak pakai lotion. Bila dah merekah dan luka baru tergesa-gesa nak pakai lotion. Remember "Prevention is better than cure". Jangan jadi macam aku ye. Tahun lepas balik dari Turki pun berlaku perkara yang sama. Tak serik kot aku ini.

-Aku di Al Hambra, Granada. Spain adalah salah satu negara yang aku ziarah-

Sekarang masih terfikir-fikir lagi macam mana nak tulis pengalaman dan cerita sepanjang pengembaraan hari itu. Aku sempat menulis semua pengalaman di sana di dalam buku putih aku yang setia itu, Alhamdulillah. Semoga dapat ku ingat hingga ke hari tua. Alhamdulillah juga sebab segala yang dirancang terjadi seperti yang dirancangkan walaupun ada berbeza sedikit dengan plan asal, namun itulah yang ditakdirkan Allah yang paling sesuai untuk kami.

Nak tulis ke tidak ye mengenai pengembaraan 16 hari itu? Musykil-musykil sebab banyak sangat kot plus dengan gambar yang mencecah ribuan.
Tunggulah ye kalau ada, adalah tu. Kelas pun dah start untuk second sem yang pastinya akan lebih mencabar dan seronok.

10 comments:

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah dah selamat kembali ke bumi Cairo, semoga pengembaraan ini lebih mendekatkan diri Azim kepada Allah...setiap pengalaman yang berharga tidak boleh dinilai dengan harta...tetapi boleh dikongsi bersama...maybe boleh juga kongsi apa2 yang paling memberi kesan dan menarik sepanjang pengembaraan tu, jika masa mengizinkan...and share some photos too

Abdul Azim said...

InsyaAllah kita akan kongsi umi bila ada masa terluang..
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..
Mcm2 pengalaman berharga kita dapat..

P/S: Ayah n Umi yg dpt tgk photos kita dulu. Nanti kita send lagi. =)

Siti Norina Muhamad said...

ISy.Budak ni, kecik2 dah round dunia. Jeles.Jeles.C.Nor ni tua dah, lom berpeluang gi mana2. Kwn2 ofis selalu buat trip dan ajak g melancong Indo dsbnya, tp x pnah ikut...Ayah Yi suh gi, tapi C.Nor tak sampai hati nak tinggal ayoh. Setiap kali C.Nor nak g outstation pun ayoh selalu nangis, x bagi tinggal dia..

Abdul Azim said...

Tak pusing satu europe pun cik nor..adelah sket2..peluang nak tengok dunia ni time muda2 lah, kata senior kita..

Cik nor cakap mengenai ayoh, sedih pulak kita..jauh2..tak dapat nak balik n mintak maaf dari ayoh..kalau ayah umi tak bagi kita belajar luar negara sebab untuk jaga ayah umi, kita xkan pegi..

Anonymous said...

hi, update cepat2 sikit tau..

Anonymous said...

C. Nor, C. Dah jom kita pakat2 gi melancong ke Indonesia nak? Book tiket Airasia masa ada promosi..

Abdul Azim said...

Siapa Natasha?

To umi : Umi kita pun teringin nak pegi Indon..hehe..pegilah time kita cuti..=P

Siti Norina Muhamad said...

Jom Kak Ju..Ayah Yi ajak g SUrabaya cuti sekolah ni. Kwn dia urus, murah..tapi pastu teringat kenduri Iju on the 19th, terus cancel.Cuti sekolah Jun nanti pon xleh gi, kenduri belah kita plak.Kena curi2 gi weekend la.Nanti kita survey tambang murah ke mana2.Jadik ye?
p.s. azim jgn jeles.

Anonymous said...

Jom, C.Nor, tengok tu, budak "arab" nak menyelit jgk..he he
Maybe boleh gi bulan August or b4 puasa..Nuri dapatkan total cost for the trip dari kwn ayah yi tu, so bleh lah congak2 dari sekarang, maklumlah treler panjang...

Abdul Azim said...

hehe..
adela sikit jeles..
Indonesia yg sebelah Msia pun kita xpernah jejak lagi..
haa ok lah tu umi..kita akan pastikan kita ada kat Msia August nnti..hehe..
Kita masih melayu lagi umi..huhu..