20090831

Merdeka!


Happy Birthday Malaysia, you are 52 years old now.






20090827

Pesta Ramadhan

Pahala

"Manusia ini kalau tahu betapa besarnya pahala beribadah di bulan puasa maka tak kerja dibuatnya. Semua akan berhenti kerja sebab nak mengejar ibadah di bulan ini," kata ustaz yang sedang memberi tazkirahnya di tengah-tengah bangunan shopping complex SACC (Shah Alam City Centre) di Shah Alam.

Aku, Baihaqi, Ustazah Fatahiyah bersama 9 org bakal pelajar perubatan ke Alexandria (bekas pelajar RMC, Royal Military College) duduk di kerusi hadapan yg disediakan itu di celah-celah manusia yang tidak berhijab, berambut afro dan perang. "Tak ada adab ke mereka ini bulan-bulan puasa," aku gumam sendirian dalam hati. Kecewa. Ustazah mengajak aku dan Bai untuk berbuka dengan mereka untuk kenal-kenal kerana mereka ini ada potensi untuk mengikut program-program di Mesir. Harap-harapnya, InsyaAllah.


"Antara ibadah yang manusia ini selalu pandang remeh tetapi ganjarannya sangat besar ialah bersedekah. Amalan bersedekah ini tuan-tuan puan-puan Allah dah siap beritahu ganjarannya besar mana. Kalau di bulan Ramadhan apatah lagi pahalanya Allah sendiri yang akan beri. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji..."
-Al-Baqarah ayat 261-

Maknanya ada 700 hasanah atau pahala kita akan dapat tuan-tuan dan puan-puan. Cuma pahala ini hadirin Allah tak akan bagi nampak. Dosa pahala semuanya kita tak nampak untuk uji manusia ini. Kalau manusia boleh nampak pahala dia nescaya orang tak pergi kerja macam saya cakap tadi. Bayangkan selepas bersedekah, malaikat turun kepada kita dan bagi RM700 terus. Tak ada siapa yang akan lepaskan peluang ini.

Inilah manusia. Allah ceritakan manusia ini begini:

"Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutmu, tetapi tempat yang tuju itu terasa sangat jauh bagi mereka"
-At-Taubah ayat 42-

Semua dosa pahala kita Allah akan nampakkan pada hari akhirat nanti. Dan ramai yang akan menyesal ketika sedang menanggung sakaratul maut. Di kala ajal hampir tiba barulah mereka berkata seperti yang Allah rakamkan:

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata(menyesali), "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau menunda (kematianku)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh."
-Al-Munaafiqun ayat 10-

Maka rebutlah peluang ini tuan-tuan dan puan-puan."


Lulus atau Gagal


Ustaz menyambung lagi, "Bagaimanakah para hadirin sekalian rasa jika di akhir bulan ramadhan ini, kita bakal dapat result atau keputusan kita mengenai madrasah Ramadhan. Selepas sahaja solat raya Aidilfitri dan khutbahnya, imam mengumumkan bahawa di belakang sudah ditampal result untuk Ramadhan kali ini maka tuan-tuan dan puan bolehlah lihat selepas ini. Maka dilihatkanlah result kita kepada semua. Si isteri berkata kepada suami,"Abang, saya dapat 40/100 sahaja untuk Ramadhan ini. Cukup-cukup makan je. Abang dapat berapa?". Si suami terdiam. "Abang gagal Ramadhan tahun ini, 30/100 je." Raya pun muka sedih tak sanggup nak berdepan dengan mereka yang dapat mumtaz. Alangkah ruginya.


Dr. Aidh Abdullah al-Qarni

Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah seorang ulama Arab Saudi juga penulis motivasi Islam terkenal di dunia masa kini. Beliau pernah dipenjara selama 10 bulan, karena menerbitkan beberapa bait syair berkaitan dengan politik. Antara karyanya yang paling terlaris adalah La Tahzan di mana 100 halaman pertamanya ditulis di dalam penjara mengajak pembaca agar tidak menyesali kehidupan, tidak menentang takdir, atau menolak dalil-dalil dalam al-Quran dan sunnah. Buku ini sudah pun diterjemahkan ke dalam 29 bahasa dunia . Selain La Tahzan karya-karya beliau yang lain antaranya 30 Tips Hidup Bahagia, Berbahagialah: Tips Menggapai Kebahagiaan Dunia Akhirat, Menjadi Wanita Paling Bahagia, "Muhammad Ka annaka Tara.


Beliau pernah menulis sebuah syair yang indah mengenai Ramadhan. Antara ungkapan yang banyak menyentuh hati manusia adalah:

"Adakah berbeza tuhan kita di bulan Ramadhan dengan tuhan kita di bulan Sya'aban dan Syawal"

Apakah yang dimaksudkan beliau?
Kita seperti menjadi seorang 'abid (ahli ibadah) yang tinggi imannya di bulan Ramadhan tetapi peningkatan amal dan iman itu tidak konsisten atau istiqamah dengan berlalunya Ramadhan. Tuhan sama yang memberi pahala. Tuhan sama yang memberi rahmah. Tuhan sama yang disembah. Jadi mengapa perlu berbeza amalan dan iman itu?

Alangkah indahnya dapat mengekalkan prestasi Ramadhan sama atau setanding dengan bulan-bulan yang lain. Rindunya aku pada suasana beribadah di dua tanah haram ketika cuti yang lepas. Ini sebenarnya ialah coretan untuk aku sendiri yang banyak lupa di samping hendak berkongsi tazkirah-tazkirah yang kebanyakannya di sampaikan oleh mereka yang mantap di bulan Ramadhan ini. Penggal pertama, penggal rahmah hampir meninggalkan kita. Masih ada masa lagi untuk memecut prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Akhir kata, hayatilah hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Nabi SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya. “Kenapa engkau berkata ‘Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?” Nabi SAW bersabda, “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin”.

Ramadhan, Pesta Ibadah, Pesta Rahmah, Pesta Pengampunan, Pesta Dijauhkan dari Neraka.











20090629

Selamat tinggal June

Pertama-tamanya dan selama-lamanya Alhamdulillah ku ucapkan.
Banyak sangat perkara berlaku pada bulan Jun ini dan sekarang pun kita berada di akhir bulan 6. Yang pastinya bulan Jun meninggalkan banyak kesan di hati ini.

Exam

Setelah bertungkus lumus, berpenat lelah, bersengkang mata tak tidur selama lebih kurang 2 bulan dalam fatrah exam akhirnya tamat juga peperangan bersama kertas-kertas itu. Semoga sedikit yang diusahakan itu dipandang oleh Allah dan diterima sebagai amalan menuju-Nya. Exam di Mesir boleh dikatakan seperti exam di zaman dinasti cina yang examnya sangat lama hingga bertahun. Ya, aku suka untuk menganggapnya begitu sebab tempohnya pasti berbulan-bulan kalau hendak dibandingkan dengan Jordan atau Malaysia sendiri yang cuma berminggu-minggu sahaja. Memang penat dan letih tetapi alhamdulillah cutinya pun agak lama. Berbaloi kah?

Sahabatku Ammar

Hati ini kalau teringatkan arwah Ammar pasti sebak. Jiran aku (atas rumah) sewaktu di Dar El-Salam. Teringat kita bergayut bersama-sama di tremco (van) dan bersesak sperti tin sardin di dalam metro untuk ke universiti. Sama-sama kita buat kenduri semasa hari raya. Teringat masakan kacang sambal kau buat dulu. Sama-sama kita bermusafir ke Jordan dan Syria. Sahabat Umar r.a kata musafir bersama-sama buatkan kita lebih mengenali orang itu, maka cukuplah taaruf kita aku rasa. Banyak kelebihan yang Allah bagi pada dirimu berbanding aku. Kau pandai masak, pandai bercakap di hadapan, punyai fikrah yang matang, rapat pada semua orang dan merupakan ketua kami yang disayangi tahun ini. Namun Allah lebih menyayangi dirimu Ammar. Kau telah pergi sebagai seorang yang telah syahid di bumi anbiya' ini. Pergimu kerana Allah taala untuk sama-sama kita rehlah dalam suasana biah solehah. Aku pasti pergimu dalam keadaan yang mulia. Aku cemburu juga. Semoga apabila aku pergi, akan tinggalkan yang baik-baik sahaja seperti cerita-cerita orang mengenaimu Ammar.

-Jamuan raya Aidilfitri tahun 3 Gen 6 di rumah Yusri. Arwah di depan tengah berbaju pink. Aku di belakangnya sebelah kanan. Rindu senyuman kau, Ammar-

Kau duduk disebelah kiri aku ketika exam written. Tak sangka kali terakhir aku nampak kau adalah ketika kau keluar awal dari exam Pharma MCQ itu. Kecewa aku kerana tak sempat tegur dirimu hari itu. Kali terakhir kita makan bersama ialah ketika di nasi ikan, selepas exam Patho 2 bersama Isa dan Irfan. Ketika itu kau mengadu sakit perut pada kami, lalu keluarlah segala teori-teori Pathology kami yang pelik. Maafkan kami Ammar sebab tak mampu diagnose dengan baik. Adakah itu sebahagian tanda-tanda mati? Antara tanda-tandanya adalah pusat bergerak-gerak. Hmm aku tidak tahu. Allah lebih mengetahui. Aku kagum dengan ketabahan Ummu Ammar dan Ayah Ammar. Tak sangka ayah Ammar membalas sms aku kelmarin walaupun sms yang aku beri sudah agak lama iaitu ketika kejadian berlaku. Aku harap Ummu dan ayah Ammar akan terus tabah. InsyaAllah kami ada plan untuk melawat keluarga Ammar. Semoga Allah beri kelapangan dan dipermudahkan. Ayah Ammar pesan untuk call dahulu kalau nak mai. Siapa yang balik Malaysia dan nak ikut sekali boleh bagitahu ye.

Apabila tamat tahun 6 pengajian disini (insyaAllah) pastinya aku akan teringat bahawa batch kita Gen 6 tidak cukup seorang. Tarikh 10/6/2009 juga tak akan dilupakan, tarikh kami kehilangan seorang ketua yang berjiwa besar. Kenangan bersama arwah pasti tak akan dapat dilupakan.

Umrah

Setelah sekian lama memendam rasa untuk pergi umrah, alhamdulillah akhirnya dapat juga peluang untuk menunaikannya. Maaf kerana tarikh yang sepatutnya 8hb diawalkan kepada 5hb Jun dan akan pulang sebelum 20hb (mungkin 17/18hb). Maknanya ada 4 hari lagi untuk bersiap-siap. InsyaAllah esok aku akan beli kain ihram dan ke bank. Jika ada apa-apa hutang atau apa-apa sahaja yang hendak dituntut boleh berjumpa aku ye. Maafkan aku jika ada yang terguris hati atau terkilan dengan aku selama ini. Nanti aku akan buat satu buku khas untuk sesiapa yang mahu kirim doa atau salam kepada baginda S.A.W. InsyaAllah aku berniat untuk buatkan badal umrah untuk arwah Ammar yang tidak sampai hajatnya untuk menunaikan umrah. Eckm aku akan doakan kau cepat bangun. Doakan kami dimudahkan semua. Tak sabar rasanya menunggu hari itu.

P/s:
Nantikan post selepas ini mengenai wasiat aku. Ustaz pesan buat wasiat adalah antara adab sebelum menunaikan umrah dan haji.

20090610

Saya di tag..

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, Alhamdulillah we Alhamdulillah..
Banyaknya sawang dalam blog ni..menandakan 2 bulan tidak terupdate..huhu..
Semua jari boleh ditujukan ke exam sebab itu lah sebabnya..
Walaupun exam tak habis lagi, baru sahaja selesai semua written oral (berbaki oral exam) tapi itu dah cukup untuk rasa lega sedikit, cukup untuk menarik nafas setelah seksa dengan written exam.
Alhamdulillah juga exam Pharma telah berkelakuan baik hari ini..hehe.

Saya telah di tag oleh seseorang. So katanya kalau di tag, mesti direply. Sebab tengok semua orang reply bila ditag. Mungkin juga boleh jadi alasan untuk meng'update' blog. Hehe. Mari kita tengok apa yg di tag itu.

1.IF SOMEONE SAYS “IS THIS OKAY” YOU SAY

Kalau baik insyaAllah Ok. Tapi kalau yg bertanya itu seorang dewasa, so make ur own decision. That way is better.

2.WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?

Seorang yang biasa tetapi suka buat perkara-perkara luarbiasa.

3.WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL ?

Solehah dan qurratu 3'yun (sejuk mata memandang). Hehe.

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?

Great, Alhamdulillah although a bit exhausted due to exams.

5.WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?

Mardhatillah. InsyaAllah.

6.WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

Happy go lucky. Betul ke?

7. WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?

Parents terbaik dunia.

8.WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Macam-macam.

9.WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?

Memahami dan saling tolong-menolong dalam susah, senang, kelam kabut dan macam-macam lagi.

10.WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?

She is someone.

11.WHAT IS YOUR LIFE STORY?

Far from the end.

12.WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?

I don't know. Ada perasaan ke?

13.WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

Anak sulung mereka yang berada jauh dari mereka.

14. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?

Tak nak ada tari-menari.

15.WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?

Tak tahulah saya.

16.WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?

Reading, Ping pong.

17. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?

I don't have one.

18.WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

Smart.

19. WHAT SHOULD YOU POST THIS AS?

Saya di tag. First time di tag actually.

20. WHAT DO YOU THINK OF YOURSELF?

Bersyukur seadanya.


Tak tahu nak tag siapa dah. Tak perlu kot sebab nanti semua tak buat sebab exam. InsyaAllah exam akan melabuhkan tirainya 27hb ini dan doakan saya supaya kami dapat mengerjakan umrah pada awal bulan 7. Takut juga sebab sini sudah ada 5 kes swine flu yg dibawa oleh pelajar America yang belajar di AUC (American University of Cairo). Dengar kata pula swine flu resistant kepada oseltamivir (anti-viral drug). Bahaya sungguh.

So please avoid places that are crowded. Kalau bersin, pastikan selalu tutup mulut dan hidung sebab mode of transmission untuk swine flu virus is by droplets. Tahukah ana kalau bersin sahaja anda mengeluarkan 3000 droplets, itu yang tak perlu pelik kalau satu kapal terbang boleh dijangkiti. Semoga selamat dan sihat semuanya, InsyaAllah.

Till then. Illal liqaa...

20090309

Maka bertebaranlah...

Assalamualaikum..

Lama rasanye tak update blog ini. Mungkin sebab kelas dan study yang makin bertambah-tambah. Tak sempat rasanya nak buat cerita detail mengenai pengembaraan haritu. Jadi ana rasa nak letak gambar sahaja untuk tatapan. Picture speaks louder than words..=D..

Haritu kami berlima (Ana, Pepe, Otai, Kamal dan Fayyad) memulakan perjalanan ke Madrid dari Cairo. Kami start berjalan 28/1 iaitu sehari selepas peperiksaan mid year tamat. Dahsyat tak? Hehe. Semangat betul. Dan pulang ke Cairo kembali 13/1 yang mana esoknya kelas sudah bermula. Hehe. Kagum tak? =D. So bermakna perjalanan kami 16 hari keseluruhan.

Secara ringkas kami di Spain selama 5 hari ---> Italy 5 hari juga ---> Germany (2 hari) ---> Switzerland (1 hari) ---> France (3 hari). Kami gerak antara bandar dan negara dengan train (Eurail Global Pass).

Negeri yang kami lawati :
  • Spain : Madrid, Cordoba, Granada dan Barcelona
  • Italy : Milan, Rome, Vatican City, Pisa, Florence dan Venice
  • Germany : Munchen dan Stuttgart
  • Switzerland : Zurich, Luzern, Interlaken dan Geneva
  • France : Paris dan Dijon

Kalau nak senaraikan tempat-tempat yang kami lawat memang sangat banyak. So ana akan letak banyak gambar untuk tatapan. Di France kami duduk di rumah Jawa (kawan di France) di Dijon. Terima kasih banyak Jawa bagi kitorang tempat tinggal dan tak lupa kek yang sedap tu. Hehe.

-Bandar Madrid-


-Pakcik maafkan kami. Kami tak tahu pakcik seorg manusia. Dahla lari tak bagi duit. Ish3.


-Inside Cordoba Mezquita-


-Di Cordoba slps melawat Cordoba Mezquita-


-General Life Al-Hambra-


-Camp Nou-


-Tempat temuramah player Barca-


-Sagrada Familia, Barcelona-


-The Rome's Colloseum-


-Leaning Tower of Pisa, Italy-


-Suatu tempat di Rome-


-Castello of Rome-


-Negara terkecil di dunia. Apakah ia?-


-Malam di Milan-


-Venice-


-Allianz Arena - Bayern Munchen-


-The 911 Porsche Philosophy-


-BMW's museum di Munchen, Germany-


-Welcome to Mercedes Benz's musuem-


-Di salah satu stesyen di Swiss-


-Semua orang tahu ini adalah Eiffel Tower. Jam 6pm baru warna-warni-


Sebenarnya gambar banyak lagi tapi insyaAllah akan menyusul kemudian. Gambar pun kena melalui process selection =). Alhamdulillah banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang perjalanan. Kalau nak tahu apa, cubalah mengembara. Sama-sama kita menyahut kalam Allah supaya bertebaranlah di muka bumi ini, lihatlah kesan-kesan orang terdahulu dan ambillah pengajaran. Allahumma ameen.

20090217

Kembali...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur di atas nikmat dan kurniaan-Mu ya Allah.

Lama rasanya tak menulis di sini. Terasa rindu juga. Maaf tak dapat update sekian lama. Ini kerana sepanjang winter break baru-baru ini, aku pergi berjalan melihat dunia yang luas ini bersama 4 orang sahabat. Tidak terkira pengalaman-pengalaman berharga yang dapat dikutip sepanjang permusafiran itu. Ingin dikongsi tapi tak ada idea lagi nak mula dari mana. Melihat sebahagian dari dunia lain ciptaan-Nya banyak mengajar aku. Setibanya di Kaherah ada yang mengatakan aku semakin kurus, kulit kasar dan semakin putih. Ntah manalah yang betul. Yang pasti kulit aku menggelupas di France dalam 3, 4 hari sebelum balik ke Cairo. Mungkin sebab terlalu sejuk dan aku ini yang malas nak pakai lotion. Bila dah merekah dan luka baru tergesa-gesa nak pakai lotion. Remember "Prevention is better than cure". Jangan jadi macam aku ye. Tahun lepas balik dari Turki pun berlaku perkara yang sama. Tak serik kot aku ini.

-Aku di Al Hambra, Granada. Spain adalah salah satu negara yang aku ziarah-

Sekarang masih terfikir-fikir lagi macam mana nak tulis pengalaman dan cerita sepanjang pengembaraan hari itu. Aku sempat menulis semua pengalaman di sana di dalam buku putih aku yang setia itu, Alhamdulillah. Semoga dapat ku ingat hingga ke hari tua. Alhamdulillah juga sebab segala yang dirancang terjadi seperti yang dirancangkan walaupun ada berbeza sedikit dengan plan asal, namun itulah yang ditakdirkan Allah yang paling sesuai untuk kami.

Nak tulis ke tidak ye mengenai pengembaraan 16 hari itu? Musykil-musykil sebab banyak sangat kot plus dengan gambar yang mencecah ribuan.
Tunggulah ye kalau ada, adalah tu. Kelas pun dah start untuk second sem yang pastinya akan lebih mencabar dan seronok.

20090114

Winter Exam dan Jiranku Palestin

Assalamualaikum..

Apa khabar diri dan iman semua?
Just a couple of days before starting my first exam of Pathology this Saturday.
As-alukumu Dua' (saya memohon doa kamu semua)..especially dari ayah, umi, family dan mereka yang mengenali saya.

17hb - Pathology
20hb - Parasitology
24hb - Pharmacology
27hb - Microbiology


Itulah 10 tarikh keramat dan getir yang bakal saya dan kami disini hadapi. Memang banyak untuk dihafal dan diingat tapi itulah perjalanan yang perlu ditempuh mereka yang hendak bergelar seorang perawat. Good luck saya ucapkan untuk kawan-kawan yang lain dan diri saya sendiri.


Tetapi dalam tengah study, fikiran saya banyak melayang kepada yang terjadi kepada sahabat kita di Palestin yang merupakan jiran negara saya menetap iaitu Mesir.
Betapa dungunya akal pemimpin Mesir dan arab lain di sekitarnya walaupun ada yang sedikit yang memberikan respon. Itu pun setakat kami akan 'consider' hubungan kami semula dengan Israel.


-Kanak-kanak yang tidak berdosa banyak menjadi mangsa. Mereka adalah adik-adik kita juga-


Pemimpin-pemimpin ini takut kepada Amerika dan Israel. Mereka ini sebenarnya penyembah Amerika. Mereka ingat Amerikalah yang ada kuasa untuk hidup dan mematikan. Yang ada kuasa untuk memusnahkan atau menyuburkan tanah-tanah mereka. Kepada siapa sebenarnya mereka beriman? Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu atau pemimpin Amerika itu? Semoga Allah beri mereka hidayah. Bukalah ya Allah pintu-pintu hati mereka. Terlalu banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh kaum kuffar. Kalau kita tidak mengubah diri kita sendiri, maka siapa lagi yang boleh mengubah nasib kita dan Islam itu sendiri?

"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan mereka sendiri"
Al-Ra3du-ayat 11

Saya tabik kepada pemimpin Venezuela iaitu Presiden Hugo Chavez kerana mampu menghalau embassy Israel, Shlomo Cohen keluar dari negaranya dan mungkin akan menghalau diplomat U.S. juga. Klik sini dan sini untuk baca lebih lanjut. Ramai yang menyokong tindakannya. Malah seorang rakyat Palestin dikatakan jikalau dia mampu, dia hendak memberi passport Palestin kepada Chavez dan melantiknya sebagai presiden Palestin. Begitu lemahnya pemimpin-pemimpin dunia Islam kini.


-Chavez - pemimpin yang lantang dan berani. Umat Islam memerlukan pemimpin yang berani bukan pengecut!-

Sehingga post ini ditulis, angka kematian di Gaza telah mencapai 1001 orang and still counting. Sedikitkah itu? Tak dapatkah kita rasakan kesengsaraan mereka kehilangan orang-orang yang tersayang? Adakah kita tidak pernah mendengar sabda Rasulullah yang bermaksud "nyawa dan darah seorang muslim itu lebih mahal dan bernilai dari runtuhnya Kaabah". Inilah akibat kejatuhan Khilafah. Nak tak nak kita mesti bermula dari bawah. Dengan pembentukan diri kita sendiri.Marilah kita sama-sama berubah dan membuat perubahan ke arah Islam yang sebenar.



P/s :
Saya tidak akan update blog sehinggalah tamat peperiksaan. Sekali lagi as-alukumu dua' dari semua. Jazakumullah khairan kathira.