20081231

Semoga aman abadi di sana

Al-Fatihah buat Ayoh (datuk ku) yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 6.00 petang Malaysia atau jam 12 tengahari Mesir. Sedih kerana tidak dapat bersama saudara-saudara lain di kampung Kelantan pada waktu ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas Ayoh dan ditempatkan beliau di kalangan para solihin dan ulama. Semoga segala jasa-jasa Ayoh seperti membuka sekolah-sekolah agama, mendidik kami cucu-cucunya dan mengajar ilmu agama sehingga digelar 'Sibawayh' di terima oleh Allah s.w.t. sebagai pahala yang sentiasa berterusan hingga ke hari ketetapan itu. Ameen ya Rabb.

Adakah kita sudah bersedia untuk mati?
Apakah persediaan yang kita telah lakukan?

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang menipu daya"
-Surah Ali-Imran, ayat 185-

Begitu banyak kenangan bersama ayoh yang tak mungkin mampu ku tuliskan kesemuanya. Aku merasa sedih kerana tak dapat berbakti secukupnya ketika ayoh masih ada. Balik Kelantan pun tidaklah selalu. Bila tiada barulah terasa. Berbaktilah dan hargailah mereka yang masih mempunyai orang-orang yang tersayang disekeliling anda. Mereka tak akan selamanya berada di sisi anda semua.

-Gambar memori. Aku sedang didukung oleh ayoh. Terasa terharu gambar ini dapat diabadikan. Along, biju, acik ada juga dalam gambar-

Tanpa orang-orang tua kita, siapalah kita. I will miss ayoh very much. Aku tiada datuk dah sekarang. Al-Fatihah sekali lagi untuk ayoh(sebelah ayah) dan datuk(sebelah umi). I really miss u both.


20081228

Salam Muharram

Assalamualaikum wbt

Pertama sekali salam muharram diucapkan kepada semua. Dah baca doa awal dan akhir tahun belum? Harapnya dah kerana fadilat membacanya sangat besar. Kalau belum, boleh klik dekat sini.
Dengan datangnya kedatangan tahun yang baru iaitu 1430 hijrah, maka kita juga akan jadi baru. Jadi lebih baik dari yang telah lepas supaya tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Semoga azam pun bertambah dan semakin mujuhadah untuk menjadi muslim yang rabbani.

Keduanya, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara-saudara muslimin kita di Palestin yang telah dibom dengan lebih 100 buah kapal terbang F16 milik Israel dua hari berturut-turut iaitu pada hari Sabtu (28hb) dan Ahad (29hb). Ya Allah lindungilah saudara-saudara kami di Palestin. Mereka dikepung dan dibunuh dgn keadaan bekalan dicatu. Dikatakan hampir 300 orang yg syahid dan 750 cedera termasuk kanak-kanak dan wanita.
P/S:(Klik sini dan sini untuk maklumat tambahan)







Apakah mereka menyangka manusia itu mainan? Alangkah hinanya kita kalau tidak cuba untuk merasakan sekali kepedihan yang dialami mereka. Apa yang kita mampu buat? Berdoalah kerana itu senjata kita dan sedekah harta kepada mereka. Mungkin itu sahaja yang mampu kita lakukan.


-Rakyat Jordan yang membuat demonstrasi-


Rakyat mesir juga ramai yang membuat demonstrasi(mudzaaharat) di jalanan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk (maaf tiada gambar) dengan polis menjaga kawasan demonstrasi itu. Orang mesir ini memang lembut hatinya walaupun fizikalnya besar. Mereka senang tersentuh jika saudara-saudara mereka dibunuh oleh laknatullah Israel. Dikatakan kalaulah sempadan Mesir-Palestin itu tidak ditutup, sudah pasti rakyat Mesir sudah ke sana untuk berjihad bersama-sama pejuang Palestin. Betapa semangatnya mereka! Dimanakah kita? Mengapakah pemimpin-pemimpin dunia yang lain hanya berdiam diri dan hanya mengutuk? Apakah kutukan itu dapat menghentikan serangan? Ya Allah bantulah saudara-saudara kami itu.

Klik sini untuk melihat demonstrasi pelajar Cairo Univ dan rakyat Mesir.

Al-Fatihah sekali lagi untuk mereka yang telah syahid. Aku mendoakan kalian agar terus tabah menghadapi musuh-musuh Allah ini. Kami sentiasa bersamamu.

"Sungguh mereka(orang kafir) membuat tipu daya yang jahat. dan Aku(Allah) pun membuat tipu daya yang jitu. Kerana itu berilah penangguhan kepada orang-orang kafir. Berilah mereka kesempatan untuk sementara waktu"
-Ayat 15-17 Surah At-Tariq-

20081210

Rumah Terbuka Gen 6

Alhamdulillah syukur dapat kita berkumpul lagi dan menghirup udara-Nya.

Aku baru balik dari open house kwn sbnrnya (time tgh tulis nih).
Masakan dorang fuhh masyaAllah sedap. Huhu. Trimas kpd Yusri, Otai, Mil, Sahak dan Eckm kerana menjamu ktorg. Dah lama rasanya kita xkumpul ramai camtu. Meriah betul dgn semuanya berpakaian lengkap dgn sampin (kena paksa pakai camtu, kalo tak, xboleh dtg..hehe). Meriah sungguh majlis tangkap gmbr.hehe. Macam2 kategori ade.

Semalam baru je open house Perubatan kat ARMA. Meriah juga. Tapi sayang xdpt nak letak gmbr coz xbawa kamera time tu. Maaf ye.

Raya korban ni murah rezeki kita dengan daging. Sungguh byk daging dlm freezer tu. Tp hati2, kambing antara binatang yg paling byk mengandungi cholesterol. Jgn disangka kurus kurang cholesterol. Mkn daging byk2 boleh menyebabkan hypertension esp utk mereka yg sudah berumur. Jd berpada-padalah makan seperti yg diajar oleh Islam.

Antara gmbr yg sempat dirakam.


-kategori gelap.hehe-



-kategori biru (walaupun minat biru, tp xde baju raya biru)-



-kategori merah ke-orangan. =P-



-kategori coklat (alba paksa aku letak.hehe)-



-kategori merah-



-kategori hijau. Maybe inilah pemenang thn ni sbb paling rmi.hehe-



-antara yg hadir-



-ber"munaqashah" slps kenyang-



-Uhibbukum fillah (hampir semua gen6 lelaki yg ada, ada sebahagian yg tidak dpt hadir)-


Semoga ukhuwwah yg terjalin kekal selamanya membawa kita ke syurga. Sama2 kita berjuang menempuh perjalanan di Ardhul Kinanah ini.

20081208

Happy Eid-Adha

Bismillahir Rahmaanir Rahiim..

Pertama-tamanya Kullu 3am wa antum bikhair pada hari yg mulia penuh barakah ini..
Terasa rahmat Allah menyelubungi kita lagi2 disini ketika di saat menyembelih binatang2 korban di pagi yg sejuk.

Alhamdulillah selesai juga majlis korban tadi di Hayyu Asyir.
Selesai je solat zohor dan makan, aku terus balik disebabkan kepenatan oleh lauk tengahari yg lazat.hehe..
Agak penat sbnrnya majlis tadi sbb aku diamanahkan untuk jadi koordinator untuk kambing2 yg bakal disembelihkan. Balik rumah je terus pengsan. Tak tahan. Huhu. Perubatan Mesir telah berkorban sebanyak 4 ekor unta (byk tu..thn lps 3 ekor je) dan 14 ekor kambing (serius xlarat kalau ramai xturun tadi..rugi sape xturun tadi). Alhamdulillah dpt juga berkenal-kenalan dgn yg belum kenal dan mengeratkan lagi silaturrahim dgn yg sudah kenal.


-Unta yg telah disembelih oleh arab-



-Kambing pertama perubatan. Silap sangkut tu tp dah dibetulkan-



-Kumpulan melapah kambing kot. Ade byk sgt kump. Tak ingat-



-3 org sahabat di Sambest (Me, Alan, Rusydi)..muka penat..-


Meriah juga suasana tadi dicampur dgn2 ustaz2 dari rumah selangor yg banyak tunjuk ajar. Time kasih ye ustaz. Kami ni potong sket2 untuk surgery retilah. Hehe.
InsyaAllah esok majlis makan pula di DMAK (Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah). Yg ni pasti rmi yg turun. Of coz kalau dimana makanan akan dihidangkan secara percuma, manusia pasti dtg. Jgn xturun pula ye. Semoga majlis berjalan dgn lancar esok. InsyaAllah, ameen.




-Video menarik dan klaka yg dibuat oleh seorg kawan sempena raya korban-


Dikesempatan ini ku ingin ucapkan Selamat Hari raya Eid Adha kpd family ku : Ayah, Umi, Fateh, Faqihah, Anis dan Abid yg sekarang berada di Kelantan. Dan juga kpd kaum kerabat yg lain..kpd Kak Ijah yg baru sahaja bernikah (majlis walimah nye 10hb nnti di Kelantan juga), Alf Mabruk kita ucapkan kpd Kak Ijah dan suami. Semoga Allah memberkati antuma berdua. Semoga rmi lagi yg akan mengikut jejak Kak ijah n Uti.hehe.. Kpd sepupu yg ade di ceruk US (Munzir) dan UK (Uti n Abg Kadir) tu ade buat korban ke kat sane? Ke dorang rase korban satu kekejaman? Kalo nak daging mai la sini ye. Hehe..







20081204

Pimpinan Persatuan Perubatan Mesir 2008/2009

Inilah muka-muka wajah baru persatuan kali ini walaupun ada muka2 lama dari thn lepas. Semoga semua dapat menghasilkan synergy yg mantap antara satu sama lain.
Amanah yg dipertanggungjawabkan akan ditanya Allah kelak.

































Add Image

P/s: Gambar2 ini semua diambil dari website perubatan. Klik sini untuk pergi ke halaman asal.

20081129

Pilihanraya Perubatan

28hb November 08

Semalam telah pun diumumkan keputusan bagi pemilihan jawatankuasa perubatan 2008/2009 oleh abg Hamdan, Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Perubatan (JPP) 08/09.

Alhamdulillah dapat jugak aku menahan mulut dari mengumumkan keputusan yg memang aku dah tau seminggu yg lalu kerana aku Ajk Persiapan untuk JPP. Jadi semuanya aku tahu. Lega rasanya dah habis n dpt menahan mulut ni. Hehe. Terima kasih kepada semua yg menjayakan pemilihan jawatankuasa kali ni. Setelah selama sebulan jawatankuasa JPP bekerja akhirnya berjaya juga majlis pemilihan yang dirancang. Syukur pada-Mu. Sebarang cacat cela harap dimaafkan n diperbaiki lagi pada tahun2 akan datang. Syukran jazilan kpd yg turun mengundi.



Presiden Perubatan Sesi 08/09 merangkap mentor aku dalam smart circle. Hehe.



Timbalan Presiden 2 (membuat kejutan dgn mengalahkan senior thn 4)


Diantara AJKT Lelaki ialah:

Mohd Ashraf b Mohamad Isa
Ahmad Ibrahim b Yahaya
Ahmad Baihaqi b Hassan
Mohd Hafiz b Hamzah
Mohd Izwan b Isa
Muhammad Husaini b Saleh
Muhammad Syafiq b Mat Moor
Muhd Khairul Imdad b Mohammad Yusuff
Saiful Amri b Mat Rasid
Syafiq b Hamdani



Diantara AJKT Perempuan pula ialah:



Smoga yg dilantik dapat menjadikan persatuan perubatan menuju ke arah yang lebih baik dan gemilang. Amanah itu akan ditanya sebagai soalan bonus di akhirat kelak samada dijalankan setiap amanah itu dgn baik atau tidak.

Jadi mari sama2 kita menjadi pengikut yg baik..=)

"Taatlah kepada pemimpin mu selagi mana mereka tidak bercanggah dgn Islam"

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aku mulakan post pertama dgn nama-Mu.
Semoga ianya memberi berkat dan mendapat keredhaan-Mu.

Assalamualaikum wbt.

Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera dalam perlindungan-Nya.
Syukur kita kehadrat Ilahi kerana masih dikurniakan pelbagai nikmat yg tidak terkira, masih bernyawa dan mempunyai 2 nikmat yg terbesar iaitu Iman dan Islam.

Jauhkanlah diri kita dari 2 nikmat yg selalu kita lupa dan sia2 kan iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.

Soalan yg biasa ditanya,

Mengapa berblog?


-Learning through writing-

Berbagai faktor mendorong sebenarnya. Antaranya:

- Galakan daripada family dan teman seperjuangan. Adik aku Abid yg 6 tahun pun dah ada blog. Tercabar juga sebagai abang.=)
- Cuba bertatih untuk meluahkan idea, buah fikiran, pandangan, komenan dan apa sahaja yang boleh ditulis about the world around me.
- Minat??? -----> Tiada. Aku hanya ingin cuba untuk mengasah minda dan menjadi seorang yg kreatif dan mampu menulis.
- Hendak menceritakan pengalaman-pengalaman hidup yang moga2 dapat memberi manfaat kepada org ramai.


Maaf kalau blog ini like kind of straight forward. Aku hanyalah seorg pelajar medic yg akalnya agak linear. Kalau ada salah or silap fact, terkasar bahasa yg digunakan atau terguris hati mana2 pihak, harap beritahu.

Semoga apa yg aku usahakan akan dipertimbangkan dalam amalan kebaikan dan bukan keburukan.

P/s: Aku bukan seorg yg skema. Mungkin post yg pertama agak skema. Tetapi insyaAllah the next and upcoming post akan lebih santai. Aku suka ringkas tetapi padat. Kalau tak diupdate selalu harap maklum bahawa masa tidak mengizinkan kerana exams or test etc.

" Hanya Allah lah tempat untuk kita bergantung dan berharap "