20090114

Winter Exam dan Jiranku Palestin

Assalamualaikum..

Apa khabar diri dan iman semua?
Just a couple of days before starting my first exam of Pathology this Saturday.
As-alukumu Dua' (saya memohon doa kamu semua)..especially dari ayah, umi, family dan mereka yang mengenali saya.

17hb - Pathology
20hb - Parasitology
24hb - Pharmacology
27hb - Microbiology


Itulah 10 tarikh keramat dan getir yang bakal saya dan kami disini hadapi. Memang banyak untuk dihafal dan diingat tapi itulah perjalanan yang perlu ditempuh mereka yang hendak bergelar seorang perawat. Good luck saya ucapkan untuk kawan-kawan yang lain dan diri saya sendiri.


Tetapi dalam tengah study, fikiran saya banyak melayang kepada yang terjadi kepada sahabat kita di Palestin yang merupakan jiran negara saya menetap iaitu Mesir.
Betapa dungunya akal pemimpin Mesir dan arab lain di sekitarnya walaupun ada yang sedikit yang memberikan respon. Itu pun setakat kami akan 'consider' hubungan kami semula dengan Israel.


-Kanak-kanak yang tidak berdosa banyak menjadi mangsa. Mereka adalah adik-adik kita juga-


Pemimpin-pemimpin ini takut kepada Amerika dan Israel. Mereka ini sebenarnya penyembah Amerika. Mereka ingat Amerikalah yang ada kuasa untuk hidup dan mematikan. Yang ada kuasa untuk memusnahkan atau menyuburkan tanah-tanah mereka. Kepada siapa sebenarnya mereka beriman? Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu atau pemimpin Amerika itu? Semoga Allah beri mereka hidayah. Bukalah ya Allah pintu-pintu hati mereka. Terlalu banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh kaum kuffar. Kalau kita tidak mengubah diri kita sendiri, maka siapa lagi yang boleh mengubah nasib kita dan Islam itu sendiri?

"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan mereka sendiri"
Al-Ra3du-ayat 11

Saya tabik kepada pemimpin Venezuela iaitu Presiden Hugo Chavez kerana mampu menghalau embassy Israel, Shlomo Cohen keluar dari negaranya dan mungkin akan menghalau diplomat U.S. juga. Klik sini dan sini untuk baca lebih lanjut. Ramai yang menyokong tindakannya. Malah seorang rakyat Palestin dikatakan jikalau dia mampu, dia hendak memberi passport Palestin kepada Chavez dan melantiknya sebagai presiden Palestin. Begitu lemahnya pemimpin-pemimpin dunia Islam kini.


-Chavez - pemimpin yang lantang dan berani. Umat Islam memerlukan pemimpin yang berani bukan pengecut!-

Sehingga post ini ditulis, angka kematian di Gaza telah mencapai 1001 orang and still counting. Sedikitkah itu? Tak dapatkah kita rasakan kesengsaraan mereka kehilangan orang-orang yang tersayang? Adakah kita tidak pernah mendengar sabda Rasulullah yang bermaksud "nyawa dan darah seorang muslim itu lebih mahal dan bernilai dari runtuhnya Kaabah". Inilah akibat kejatuhan Khilafah. Nak tak nak kita mesti bermula dari bawah. Dengan pembentukan diri kita sendiri.Marilah kita sama-sama berubah dan membuat perubahan ke arah Islam yang sebenar.



P/s :
Saya tidak akan update blog sehinggalah tamat peperiksaan. Sekali lagi as-alukumu dua' dari semua. Jazakumullah khairan kathira.




5 comments:

umi said...

Semoga azim dan sahabat seangkatan tabah menghadapi peperiksaan, ingatlah menuntut ilmu juga adalah satu jihad. Dan kepada saudara2 kita di Palestin, sama2lah kita doakan agar Allah memberi ketabahan, kekebalan iman dan ketaqwaan untuk terus berjuang menentang tentera2 yahudi laknatullah, semoga Allah mencampakkan ke dalam hati2 orang2 kafir itu perasaan gerun, gentar, takut dan celaru untuk menghadapi para mujahidin.

Abdul Azim said...

Terima kasih umi..InsyaAllah lusa kita exam..
Ammen sama2 kita doakan mereka..

myra kyra said...

all da best!
mamO malas2 ye.wiwiwi

Abdul Azim said...

Good Luck in ur exam too..=)

miss RED said...

esok awak exam parasit kn.
buat leklOk.
p/s : ingat cacing2 tu ye.nnt dia majuk plak. wlpn sy geli dgr name cacing.hihi