Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas Ayoh dan ditempatkan beliau di kalangan para solihin dan ulama. Semoga segala jasa-jasa Ayoh seperti membuka sekolah-sekolah agama, mendidik kami cucu-cucunya dan mengajar ilmu agama sehingga digelar 'Sibawayh' di terima oleh Allah s.w.t. sebagai pahala yang sentiasa berterusan hingga ke hari ketetapan itu. Ameen ya Rabb.
Adakah kita sudah bersedia untuk mati?
Apakah persediaan yang kita telah lakukan?
Apakah persediaan yang kita telah lakukan?
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang menipu daya"
-Surah Ali-Imran, ayat 185-
Begitu banyak kenangan bersama ayoh yang tak mungkin mampu ku tuliskan kesemuanya. Aku merasa sedih kerana tak dapat berbakti secukupnya ketika ayoh masih ada. Balik Kelantan pun tidaklah selalu. Bila tiada barulah terasa. Berbaktilah dan hargailah mereka yang masih mempunyai orang-orang yang tersayang disekeliling anda. Mereka tak akan selamanya berada di sisi anda semua.
-Gambar memori. Aku sedang didukung oleh ayoh. Terasa terharu gambar ini dapat diabadikan. Along, biju, acik ada juga dalam gambar-

Tanpa orang-orang tua kita, siapalah kita. I will miss ayoh very much. Aku tiada datuk dah sekarang. Al-Fatihah sekali lagi untuk ayoh(sebelah ayah) dan datuk(sebelah umi). I really miss u both.
17 comments:
semoga ayoh dapat habuannya di akhirat nanti kerana berjaya mendidik anak2 dgn baik.
semoga semua amal jariahnya akan menjadi hujjah untuknya di sana nanti.
semoga anak cucu yg tinggal akan terus mengikut jejaknya berbakti untuk masyarakat dan Islam
InsyaAllah ayah..
Ameen..
salam takziah.
alfatihah..
semoga rOhnya dicucuri rahmat.
ameen.
terima kasih.
Ameen. Al-fatihah...
Al-Fatihah
Takziah daripada saye..
ayah pergi bersama petang dan malam terakhir tahun 2008M. jemputan Allah tidak akan mendahului sesaat dan lewat sesaat bagai qadha qadar-Nya. semo beliau di tempatkan bersama solihiin.
tinggal kini zuriat penerus hidup, insya Allah menjejaki azam, cita2 dan kejayaan hingga menjadi insan solih dan bertaqwa.
salam tahun baru, semoga azim dirahmati dan dilindungi Allah.
syukran ayah di..
Azim tak akan lupa nasihat ayah di.
sorry to hear that..takziah utk azim..moga rohnya ditempatkan bersama roh org2 soleh..amiin~
Ayoh selalu cakap dia bangga dgn cucu-cucunya, terutama yg jadi hafiz...dan ayoh selalu sebut nama azim, dah la hafiz dapat jadi doktor lagi nanti.Nampak sgt ayoh terlebih bangga dgn azim..walaupun ayoh mungkin tak pandai menunjukkan rasa kasih kepada anak cucunya, tetapi ayoh memang seorg yang berhati lembut dan amat pengasih..ayoh menunjukkan kasih dan sayangnya melalui DOA yang tidak pernah putus terhadap kita semua...dan kini tiba giliran kita, anak cucunya pula mendoakan ayoh yang kita cintai sepenuh hati..
semoga doa kita dan cucu-cucu yang lain sampai kepada ayoh..
sedih kita xdpt bersama2 semua..
dari jauh kita kirimkan doa dan sedekah..
abang abid dah lama tak cakap dengan abang
abang ada peperiksaan abid. Abid doakan abang ye..
Nanti kalau abid nampak abang online, abid buzz abang ye.
ok abid doakan semoga abang berjaya dalam exam
abid tersilap guna ayah punya
hehe tak apa. Abang tahu tu abid. =P
ye ke
Aah la..
Post a Comment