20090629

Selamat tinggal June

Pertama-tamanya dan selama-lamanya Alhamdulillah ku ucapkan.
Banyak sangat perkara berlaku pada bulan Jun ini dan sekarang pun kita berada di akhir bulan 6. Yang pastinya bulan Jun meninggalkan banyak kesan di hati ini.

Exam

Setelah bertungkus lumus, berpenat lelah, bersengkang mata tak tidur selama lebih kurang 2 bulan dalam fatrah exam akhirnya tamat juga peperangan bersama kertas-kertas itu. Semoga sedikit yang diusahakan itu dipandang oleh Allah dan diterima sebagai amalan menuju-Nya. Exam di Mesir boleh dikatakan seperti exam di zaman dinasti cina yang examnya sangat lama hingga bertahun. Ya, aku suka untuk menganggapnya begitu sebab tempohnya pasti berbulan-bulan kalau hendak dibandingkan dengan Jordan atau Malaysia sendiri yang cuma berminggu-minggu sahaja. Memang penat dan letih tetapi alhamdulillah cutinya pun agak lama. Berbaloi kah?

Sahabatku Ammar

Hati ini kalau teringatkan arwah Ammar pasti sebak. Jiran aku (atas rumah) sewaktu di Dar El-Salam. Teringat kita bergayut bersama-sama di tremco (van) dan bersesak sperti tin sardin di dalam metro untuk ke universiti. Sama-sama kita buat kenduri semasa hari raya. Teringat masakan kacang sambal kau buat dulu. Sama-sama kita bermusafir ke Jordan dan Syria. Sahabat Umar r.a kata musafir bersama-sama buatkan kita lebih mengenali orang itu, maka cukuplah taaruf kita aku rasa. Banyak kelebihan yang Allah bagi pada dirimu berbanding aku. Kau pandai masak, pandai bercakap di hadapan, punyai fikrah yang matang, rapat pada semua orang dan merupakan ketua kami yang disayangi tahun ini. Namun Allah lebih menyayangi dirimu Ammar. Kau telah pergi sebagai seorang yang telah syahid di bumi anbiya' ini. Pergimu kerana Allah taala untuk sama-sama kita rehlah dalam suasana biah solehah. Aku pasti pergimu dalam keadaan yang mulia. Aku cemburu juga. Semoga apabila aku pergi, akan tinggalkan yang baik-baik sahaja seperti cerita-cerita orang mengenaimu Ammar.

-Jamuan raya Aidilfitri tahun 3 Gen 6 di rumah Yusri. Arwah di depan tengah berbaju pink. Aku di belakangnya sebelah kanan. Rindu senyuman kau, Ammar-

Kau duduk disebelah kiri aku ketika exam written. Tak sangka kali terakhir aku nampak kau adalah ketika kau keluar awal dari exam Pharma MCQ itu. Kecewa aku kerana tak sempat tegur dirimu hari itu. Kali terakhir kita makan bersama ialah ketika di nasi ikan, selepas exam Patho 2 bersama Isa dan Irfan. Ketika itu kau mengadu sakit perut pada kami, lalu keluarlah segala teori-teori Pathology kami yang pelik. Maafkan kami Ammar sebab tak mampu diagnose dengan baik. Adakah itu sebahagian tanda-tanda mati? Antara tanda-tandanya adalah pusat bergerak-gerak. Hmm aku tidak tahu. Allah lebih mengetahui. Aku kagum dengan ketabahan Ummu Ammar dan Ayah Ammar. Tak sangka ayah Ammar membalas sms aku kelmarin walaupun sms yang aku beri sudah agak lama iaitu ketika kejadian berlaku. Aku harap Ummu dan ayah Ammar akan terus tabah. InsyaAllah kami ada plan untuk melawat keluarga Ammar. Semoga Allah beri kelapangan dan dipermudahkan. Ayah Ammar pesan untuk call dahulu kalau nak mai. Siapa yang balik Malaysia dan nak ikut sekali boleh bagitahu ye.

Apabila tamat tahun 6 pengajian disini (insyaAllah) pastinya aku akan teringat bahawa batch kita Gen 6 tidak cukup seorang. Tarikh 10/6/2009 juga tak akan dilupakan, tarikh kami kehilangan seorang ketua yang berjiwa besar. Kenangan bersama arwah pasti tak akan dapat dilupakan.

Umrah

Setelah sekian lama memendam rasa untuk pergi umrah, alhamdulillah akhirnya dapat juga peluang untuk menunaikannya. Maaf kerana tarikh yang sepatutnya 8hb diawalkan kepada 5hb Jun dan akan pulang sebelum 20hb (mungkin 17/18hb). Maknanya ada 4 hari lagi untuk bersiap-siap. InsyaAllah esok aku akan beli kain ihram dan ke bank. Jika ada apa-apa hutang atau apa-apa sahaja yang hendak dituntut boleh berjumpa aku ye. Maafkan aku jika ada yang terguris hati atau terkilan dengan aku selama ini. Nanti aku akan buat satu buku khas untuk sesiapa yang mahu kirim doa atau salam kepada baginda S.A.W. InsyaAllah aku berniat untuk buatkan badal umrah untuk arwah Ammar yang tidak sampai hajatnya untuk menunaikan umrah. Eckm aku akan doakan kau cepat bangun. Doakan kami dimudahkan semua. Tak sabar rasanya menunggu hari itu.

P/s:
Nantikan post selepas ini mengenai wasiat aku. Ustaz pesan buat wasiat adalah antara adab sebelum menunaikan umrah dan haji.

16 comments:

Umi said...

Salam Azim, pemergian Ammar tidak sahaja dirasai oleh sahabat2 yang dekat dengan beliau malah sesiapa sahaja yang membaca Kalam Puncak atau pun blog sahabat-sahabat lain yang menceritakan mengenai Arwah Ammar...kesannya bukan sahaja pada mereka yang rapat dengannya tetapi juga pada orang yang tidak mengenalinya, juga tidak mengira peringkat umur spt apa yang luahkan oleh ayah dalam blognya...Sama-samalah kita berdoa agar kita tetap istiqomah dan melaksanakan t/jawab kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini, bukan hanya dimulut tetapi dengan setiap gerak anggota kita...semoga kita kembali kepada ALlah dalam keredhaanNya...petikan dari kata2 ayah dalam blognya USIA BUKANLAH DIKIRA DENGAN HARI-HARI YANG KITA LALUI, TETAPI ADALAH DIKIRA DENGAN BUAH-BUAH YANG DIHASILKAN DARI HARI-HARI YANG DILALUI ITU.

Abdul Azim said...

Aah betul umi..mendalam maksud kata2 ayah Ammar tu..Ammar ada jugak kata2 yg menyentuh hati2 kita org..dia suka sebut bagai anak2 akhirat melihat dunia dr jendela akhirat..skrg giliran dia pula tgk dunia dr jendela akhirat..

Kita akan sentiasa ingat pesan umi dan ayah..

Anonymous said...

Assalammualaikum Azim,

Makcik dan pakcik sangat terharu dan bangga, tetapi tidak boleh sembunyikan lagi kesedihan hingga mengalir air mata kami bila membaca tulisan ini.
Teruslah mengingati dan mendoakan dia agar ALLAH meletakan beliau dikalangan orang-orang yang soleh dan syurga ALLAH balasannya.
Jazakallah terhadap semua yang telah diperkatakan terhadap beliau dan niat untuk mengerjakan umrah terhadap beliau.

Ameen.

Abdul Azim said...

InsyaAllah makcik pakcik. Tak pernah saya lupakan beliau dalam doa. Saya yakin dia bahagia di sana.

Alhamdulillah tarikh umrah pun saya dah tahu..5hb->11hb.. Pakcik makcik doakan semoga saya diberi kekuatan dan kesihatan ye untuk beribadah di sana.. InsyaAllah kami bertujuh yang pergi (satu batch semuanya) berniat untuk badal imrah untuk arwah Ammar insyaAllah.

Thaaqhib Mohammed said...

yang terbaik

doa yang terbaik

untuk diri sendiri. kawan dan orang lain.

jadilah seperti amar

ayah said...

selamat bermusafir, semoga mendapat umrah mutaqabbalah.

elok kalau azim tengok2 dulu tafsir surah ibrahim dan alhajj untuk lebih dapat menghayati ibadah hajj dan umrah ini. juga imbau kembali sirah untuk setiap tempat yg dilawati. contohnya masa naik jabal tsur, bayangkan kecekalan asma' mendakinya setiap hari selama 3 hari dlm keadaan mengandung.

banyak lagi yang boleh dipelajari. jgn lupa contact abd rahman yang boleh menolong di sana nanti.

Abdul Azim said...

InsyaAllah ayah..
Kita akan ingat pesan2 ayah..
Tugas kita untuk pengisian2 dekat sana sekali dengan hafiz..isi waktu2 terluang dgn apa2 yg manfaat..n kena kaji sirah jgk untuk kawan2..

Lusa insyaAllah kita bertolak lps pukul 11 mlm..Kita tak ada no abang man lagi ayah.. umi dah dapat ke ayah?

Abdul Azim said...

InsyaAllah thaaqhib..
susah nak jadi seperti ammar..
aku akan cuba mencontohi sifat2 baiknya..

Umi said...

Doa Umi sentiasa bersama2 Azim dan sahabat2 yang akan menunaikan Umrah ...semoga ALLAH permudahkan perjalanan ini, serta dapat menyempurnakan ibadah dengan penuh ikhlas dan khusyuk, dan kembali sebagai seorang yang lebih bertaqwa kepada NYA

ayah said...

satu lagi sebelum ayah lupa.

jangan lupa solat hajat untuk dua lagi kawan azim yg masih terlantar. pilih waktu yg paling maqbul dan tempat yg paling mustajab doa (maqam ibrahim, multazam, etc) dan solatlah beramai2 berdoa utk yg 2 lagi tu.

Abdul Azim said...

InsyaAllah ayah kita akan laksanakan semua pesan umi ayah. Terima kasih jugak umi ayah sebab bagi support. Kalau ayah ada nak kirim salam kepada nabi s.a.w. atau doa2 spesifik, ayah bgtahu kita ye.

Umi said...

Salam Azim
Selamat kembali dari menunaikan Umrah...semoga setiap detik dan saat di sana telah dimanfaatkan sebaik2nya...mudah2an segala doa dan amal diterima ALLAH SWT...kami disini menanti kepulangan Azim ke pangkuan keluarga...rasa gembira dapat menyambut Ramadhan lagi bersama, InsyaAllah

zulai said...

selamat mengerjakan umrah....

p/s:exam kat jordan lagi sakit...

Abdul Azim said...

To umi : InsyaAllah setiap detik kat sane tak disia-siakan. Rasa nak pergi lagi ke sane umi. Semoga doa kita diterima ameen.

To abg zul: ko dah balik mesia. Lagi best. Exam Jordan kejap2. Aku suka lagi camtu. Hehe.

miss RED said...
This comment has been removed by the author.
miss RED said...

salam .
baru tergerak hati nak mengOmen.
takziah diucapkan buat mrAzim.

pasal exam..
sy kurang berpuas hati.
setiap tempat ada cara kesusahan exam nye.
gaya mrAzim cakap, seOlah exam pelajar jOrdan tak sesusah mrAzim~
um..

bayangkan,berderet2 dari rabu sampai rabu depannye exam.
setiap hari satu paper.
dengan keluar markahnya lepas exam.
mahu tak kene kuat mental dan fizikal cOz nak tak nak esOk exam lg.exam pulak kOl 8pg.
serOnOk ke cam tu?
define ur "serOnOk"

berbalOi sangat bagi saya, mrAzim dapat cuti tiga bulan [kalo salah mintak maaf] plus dengan raya,
daripada kami yang tahun ini baru je dapat pulang hari raya.
hargai cuti mrAzim.


walaupun kami bukan exam atas kertas,exam tetap exam. mcQ itu sememangnya mencabar.
tahniah jugak berjaya lalui exam yang lama itu.


sekian.

August 5, 2009 8:13 AM