20090309

Maka bertebaranlah...

Assalamualaikum..

Lama rasanye tak update blog ini. Mungkin sebab kelas dan study yang makin bertambah-tambah. Tak sempat rasanya nak buat cerita detail mengenai pengembaraan haritu. Jadi ana rasa nak letak gambar sahaja untuk tatapan. Picture speaks louder than words..=D..

Haritu kami berlima (Ana, Pepe, Otai, Kamal dan Fayyad) memulakan perjalanan ke Madrid dari Cairo. Kami start berjalan 28/1 iaitu sehari selepas peperiksaan mid year tamat. Dahsyat tak? Hehe. Semangat betul. Dan pulang ke Cairo kembali 13/1 yang mana esoknya kelas sudah bermula. Hehe. Kagum tak? =D. So bermakna perjalanan kami 16 hari keseluruhan.

Secara ringkas kami di Spain selama 5 hari ---> Italy 5 hari juga ---> Germany (2 hari) ---> Switzerland (1 hari) ---> France (3 hari). Kami gerak antara bandar dan negara dengan train (Eurail Global Pass).

Negeri yang kami lawati :
  • Spain : Madrid, Cordoba, Granada dan Barcelona
  • Italy : Milan, Rome, Vatican City, Pisa, Florence dan Venice
  • Germany : Munchen dan Stuttgart
  • Switzerland : Zurich, Luzern, Interlaken dan Geneva
  • France : Paris dan Dijon

Kalau nak senaraikan tempat-tempat yang kami lawat memang sangat banyak. So ana akan letak banyak gambar untuk tatapan. Di France kami duduk di rumah Jawa (kawan di France) di Dijon. Terima kasih banyak Jawa bagi kitorang tempat tinggal dan tak lupa kek yang sedap tu. Hehe.

-Bandar Madrid-


-Pakcik maafkan kami. Kami tak tahu pakcik seorg manusia. Dahla lari tak bagi duit. Ish3.


-Inside Cordoba Mezquita-


-Di Cordoba slps melawat Cordoba Mezquita-


-General Life Al-Hambra-


-Camp Nou-


-Tempat temuramah player Barca-


-Sagrada Familia, Barcelona-


-The Rome's Colloseum-


-Leaning Tower of Pisa, Italy-


-Suatu tempat di Rome-


-Castello of Rome-


-Negara terkecil di dunia. Apakah ia?-


-Malam di Milan-


-Venice-


-Allianz Arena - Bayern Munchen-


-The 911 Porsche Philosophy-


-BMW's museum di Munchen, Germany-


-Welcome to Mercedes Benz's musuem-


-Di salah satu stesyen di Swiss-


-Semua orang tahu ini adalah Eiffel Tower. Jam 6pm baru warna-warni-


Sebenarnya gambar banyak lagi tapi insyaAllah akan menyusul kemudian. Gambar pun kena melalui process selection =). Alhamdulillah banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang perjalanan. Kalau nak tahu apa, cubalah mengembara. Sama-sama kita menyahut kalam Allah supaya bertebaranlah di muka bumi ini, lihatlah kesan-kesan orang terdahulu dan ambillah pengajaran. Allahumma ameen.

7 comments:

Anonymous said...

Europe memang cantik, sebab they still preserve lots of historical and old buildings, even jalan menggunakan block pavement masih dikekalkan di beberapa tempat pelancongan. Gambar yang ada orang duduk macam kena bungkus tu orang ke patung?

Abdul Azim said...

aah betul umi..nanti kita nak pegi Bradford lawat tmpt kita pernah membesar sementara dulu..=)
Aah tu org umi..ktorg ingat patung..sebab 1st time smpi mase tu..hehe..klaka..bila tahu tu org, sume lari xbg duit..hehe..

Anonymous said...

'Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka. Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri'.

Petra-kebolehan mereka memahat gunung bagi menjadi rumah tidak dapat ditandingi oleh teknologi sekarang. Tapi mereka hancur kerana kekufuran mereka.

Andalus-orang Islam leka dengan kemewahan dunia dan dapat dikalahkan oleh King Ferdinand dan Queen Isabella. Kerajaan Islam berpecah kpd 21 duwailah (negara kecil) dan dapat dikalahkan satu persatu oleh kristian. Di bawah Islam Andalus, even orang Yahudi mencapai sejarah kegemilangan mereka.

Itulah di antara pengajaran yang boleh diambil masa perjalanan, dan kaitkan dengan sejarah.

Kalau tak silap ayah, untuk masuk Sagridia Familia kena bayar tiket. Harap2 azim tak masuk atau bayar tiket, sebab duit tu akan digunakan untuk pembinaan gereja tersebut, yang dimulakan akhir kurun 19 dan dijangka siap tahun 2010. Kos pembinaan setahun lebih kuran 18 jta euro.

Abdul Azim said...

Jauh perjalanan luas pengalaman..
Ayah jgn risau kita memang xmasuk pun sagrada familia tu. Semua yg gereja2 kitorang xmasuk kalau bayar. Alhamdulillah kita masih dipelihara-Nya. Bahaya jugak kadang2 sedar tak sedar kita membantu org yg memusuhi Islam.

nurhaz said...

rindu kt eifel..hhehe..untung ko kembara seluruh dunia..hehe..

nurhaz said...

rindu kt eifel..hhehe..untung ko kembara seluruh dunia..hehe..

Poodeww said...

halo..saya tinggal di jerman elementary ini..saya mau tanya boleh kah? saya mau euro-trip juga agustus ini, dan saya lihat itinerary kamu hampir sama dengan itinerary saya..saya mau minta saran dari kamu dan saya mau bertanya tentang eurail pass itu, apa kalau sudah punya eurail pass kita free naik train kemana saja atau perlu bayar tiket lagi? thanks ya :)