Banyak sangat perkara berlaku pada bulan Jun ini dan sekarang pun kita berada di akhir bulan 6. Yang pastinya bulan Jun meninggalkan banyak kesan di hati ini.
Exam
Setelah bertungkus lumus, berpenat lelah, bersengkang mata tak tidur selama lebih kurang 2 bulan dalam fatrah exam akhirnya tamat juga peperangan bersama kertas-kertas itu. Semoga sedikit yang diusahakan itu dipandang oleh Allah dan diterima sebagai amalan menuju-Nya. Exam di Mesir boleh dikatakan seperti exam di zaman dinasti cina yang examnya sangat lama hingga bertahun. Ya, aku suka untuk menganggapnya begitu sebab tempohnya pasti berbulan-bulan kalau hendak dibandingkan dengan Jordan atau Malaysia sendiri yang cuma berminggu-minggu sahaja. Memang penat dan letih tetapi alhamdulillah cutinya pun agak lama. Berbaloi kah?
Sahabatku Ammar
-Jamuan raya Aidilfitri tahun 3 Gen 6 di rumah Yusri. Arwah di depan tengah berbaju pink. Aku di belakangnya sebelah kanan. Rindu senyuman kau, Ammar-Kau duduk disebelah kiri aku ketika exam written. Tak sangka kali terakhir aku nampak kau adalah ketika kau keluar awal dari exam Pharma MCQ itu. Kecewa aku kerana tak sempat tegur dirimu hari itu. Kali terakhir kita makan bersama ialah ketika di nasi ikan, selepas exam Patho 2 bersama Isa dan Irfan. Ketika itu kau mengadu sakit perut pada kami, lalu keluarlah segala teori-teori Pathology kami yang pelik. Maafkan kami Ammar sebab tak mampu diagnose dengan baik. Adakah itu sebahagian tanda-tanda mati? Antara tanda-tandanya adalah pusat bergerak-gerak. Hmm aku tidak tahu. Allah lebih mengetahui. Aku kagum dengan ketabahan Ummu Ammar dan Ayah Ammar. Tak sangka ayah Ammar membalas sms aku kelmarin walaupun sms yang aku beri sudah agak lama iaitu ketika kejadian berlaku. Aku harap Ummu dan ayah Ammar akan terus tabah. InsyaAllah kami ada plan untuk melawat keluarga Ammar. Semoga Allah beri kelapangan dan dipermudahkan. Ayah Ammar pesan untuk call dahulu kalau nak mai. Siapa yang balik Malaysia dan nak ikut sekali boleh bagitahu ye.
Apabila tamat tahun 6 pengajian disini (insyaAllah) pastinya aku akan teringat bahawa batch kita Gen 6 tidak cukup seorang. Tarikh 10/6/2009 juga tak akan dilupakan, tarikh kami kehilangan seorang ketua yang berjiwa besar. Kenangan bersama arwah pasti tak akan dapat dilupakan.
Umrah
Setelah sekian lama memendam rasa untuk pergi umrah, alhamdulillah akhirnya dapat juga peluang untuk menunaikannya. Maaf kerana tarikh yang sepatutnya 8hb diawalkan kepada 5hb Jun dan akan pulang sebelum 20hb (mungkin 17/18hb). Maknanya ada 4 hari lagi untuk bersiap-siap. InsyaAllah esok aku akan beli kain ihram dan ke bank. Jika ada apa-apa hutang atau apa-apa sahaja yang hendak dituntut boleh berjumpa aku ye. Maafkan aku jika ada yang terguris hati atau terkilan dengan aku selama ini. Nanti aku akan buat satu buku khas untuk sesiapa yang mahu kirim doa atau salam kepada baginda S.A.W. InsyaAllah aku berniat untuk buatkan badal umrah untuk arwah Ammar yang tidak sampai hajatnya untuk menunaikan umrah. Eckm aku akan doakan kau cepat bangun. Doakan kami dimudahkan semua. Tak sabar rasanya menunggu hari itu.P/s:
Nantikan post selepas ini mengenai wasiat aku. Ustaz pesan buat wasiat adalah antara adab sebelum menunaikan umrah dan haji.



