20081129

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aku mulakan post pertama dgn nama-Mu.
Semoga ianya memberi berkat dan mendapat keredhaan-Mu.

Assalamualaikum wbt.

Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera dalam perlindungan-Nya.
Syukur kita kehadrat Ilahi kerana masih dikurniakan pelbagai nikmat yg tidak terkira, masih bernyawa dan mempunyai 2 nikmat yg terbesar iaitu Iman dan Islam.

Jauhkanlah diri kita dari 2 nikmat yg selalu kita lupa dan sia2 kan iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.

Soalan yg biasa ditanya,

Mengapa berblog?


-Learning through writing-

Berbagai faktor mendorong sebenarnya. Antaranya:

- Galakan daripada family dan teman seperjuangan. Adik aku Abid yg 6 tahun pun dah ada blog. Tercabar juga sebagai abang.=)
- Cuba bertatih untuk meluahkan idea, buah fikiran, pandangan, komenan dan apa sahaja yang boleh ditulis about the world around me.
- Minat??? -----> Tiada. Aku hanya ingin cuba untuk mengasah minda dan menjadi seorang yg kreatif dan mampu menulis.
- Hendak menceritakan pengalaman-pengalaman hidup yang moga2 dapat memberi manfaat kepada org ramai.


Maaf kalau blog ini like kind of straight forward. Aku hanyalah seorg pelajar medic yg akalnya agak linear. Kalau ada salah or silap fact, terkasar bahasa yg digunakan atau terguris hati mana2 pihak, harap beritahu.

Semoga apa yg aku usahakan akan dipertimbangkan dalam amalan kebaikan dan bukan keburukan.

P/s: Aku bukan seorg yg skema. Mungkin post yg pertama agak skema. Tetapi insyaAllah the next and upcoming post akan lebih santai. Aku suka ringkas tetapi padat. Kalau tak diupdate selalu harap maklum bahawa masa tidak mengizinkan kerana exams or test etc.

" Hanya Allah lah tempat untuk kita bergantung dan berharap "