20081228

Salam Muharram

Assalamualaikum wbt

Pertama sekali salam muharram diucapkan kepada semua. Dah baca doa awal dan akhir tahun belum? Harapnya dah kerana fadilat membacanya sangat besar. Kalau belum, boleh klik dekat sini.
Dengan datangnya kedatangan tahun yang baru iaitu 1430 hijrah, maka kita juga akan jadi baru. Jadi lebih baik dari yang telah lepas supaya tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Semoga azam pun bertambah dan semakin mujuhadah untuk menjadi muslim yang rabbani.

Keduanya, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara-saudara muslimin kita di Palestin yang telah dibom dengan lebih 100 buah kapal terbang F16 milik Israel dua hari berturut-turut iaitu pada hari Sabtu (28hb) dan Ahad (29hb). Ya Allah lindungilah saudara-saudara kami di Palestin. Mereka dikepung dan dibunuh dgn keadaan bekalan dicatu. Dikatakan hampir 300 orang yg syahid dan 750 cedera termasuk kanak-kanak dan wanita.
P/S:(Klik sini dan sini untuk maklumat tambahan)







Apakah mereka menyangka manusia itu mainan? Alangkah hinanya kita kalau tidak cuba untuk merasakan sekali kepedihan yang dialami mereka. Apa yang kita mampu buat? Berdoalah kerana itu senjata kita dan sedekah harta kepada mereka. Mungkin itu sahaja yang mampu kita lakukan.


-Rakyat Jordan yang membuat demonstrasi-


Rakyat mesir juga ramai yang membuat demonstrasi(mudzaaharat) di jalanan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk (maaf tiada gambar) dengan polis menjaga kawasan demonstrasi itu. Orang mesir ini memang lembut hatinya walaupun fizikalnya besar. Mereka senang tersentuh jika saudara-saudara mereka dibunuh oleh laknatullah Israel. Dikatakan kalaulah sempadan Mesir-Palestin itu tidak ditutup, sudah pasti rakyat Mesir sudah ke sana untuk berjihad bersama-sama pejuang Palestin. Betapa semangatnya mereka! Dimanakah kita? Mengapakah pemimpin-pemimpin dunia yang lain hanya berdiam diri dan hanya mengutuk? Apakah kutukan itu dapat menghentikan serangan? Ya Allah bantulah saudara-saudara kami itu.

Klik sini untuk melihat demonstrasi pelajar Cairo Univ dan rakyat Mesir.

Al-Fatihah sekali lagi untuk mereka yang telah syahid. Aku mendoakan kalian agar terus tabah menghadapi musuh-musuh Allah ini. Kami sentiasa bersamamu.

"Sungguh mereka(orang kafir) membuat tipu daya yang jahat. dan Aku(Allah) pun membuat tipu daya yang jitu. Kerana itu berilah penangguhan kepada orang-orang kafir. Berilah mereka kesempatan untuk sementara waktu"
-Ayat 15-17 Surah At-Tariq-

4 comments:

ayah said...

good posting. 'sesiapa yang tidak mengambil tahu ttg urusan muslimin, mereka bukanlah dpd golongan mereka (org islam)'.

jangan lupa utk donate jika ada donation drive utk palestin. that's the least yg kita boleh buat utk mereka skrg. doakan selepas setiap solat fardhu.

Abdul Azim said...

insyaAllah ayah..
sini byk buat donation utk palestin via aman palestin..

dariana said...

tiba2 tahun baru hijriah dan masehi kali ini gaza sedang merasai kegetiran hidup & menerima kemalangan akibat kejahatan israel. amat menduga peribumi dan kawasan muslimiin.ehuk itu adalah anjing dan bush adalah semak samun yg melindungi anjing jahat itu. celaka israel!

Abdul Azim said...

"allahumma sallit a'laihim kalban min kilaabik"